7 Mei 2010

ibu -I Love You So Much

SAJAK BUAT IBU...
Mengambil kesempatan di sini mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu-ibu, mama-mama, mummy-mummy, ummi-ummi, emak-emak dan apapun panggilan.....
semoga sebagai seorang ibu, kita akan menjadi ibu yang Terbaik buat Anak-anak kita, sebagai anak kita akan Menghargai Ibu atau ibu mertua kita dan sesiapa pun sekeliling kita yang bertitle IBU...

SAJAK BUAT IBU....
Tiada kata seindah bahasa...
tiada madah yang setanding kasih IBU....
Segalanya terungkap tersimpan kukuh jauh
ku semat dalam2 di lubuk hati.....
Kau marah, kau cepuk aku... kau rotan aku...
tapi itulah yang membuat aku berdiri bangga bahawa
aku masih punya IBU
dan IBU telah mendidik aku menjadi insan terbaik buat dirimu IBU....
Kini aku bergelar IBU... aku mahu dihargai dan dikasihi...
tapi Mengasihimu IBU adalah tanggungjawab Utama sebelum
meminta diri ini dikasihi....
Cuba merungkai misteri di sebalik kata-kata nasihatmu....
Cuba membuka simpulan kasih yang amat kuat tersimpul mati...
Maka ku fahami, kasihmu membawa ke akhir hayat...
ke akhir nafas yang di hela
selagi Allah mengizinkan....
Andai IBU pergi dulu.... aku hilang arah tujuan...
aku hilang tumpuan....
Namun aku tak boleh jatuh tersandung,
aku perlu kuat sebagai IBU kepada anak-anakku...
dan IBU.... tunggulah aku di pintu syurga...
menyambung kasih abadi...
yang tiada galang ganti
walau bumi dihidupkan kembali...
di dunia dan selamanya...

4 Mei 2010

Cuti -Dapat MC

Semalam dapat MC 1 hari ...kerana suspent H1N1,citernyer  petang jumaat tu badan aku nie macam x sihat dgn batuknyer yg x berhenti2  ,kebetulan hari sabtu hari cuti umum maka kebayakkan klinik swasta x bukak jd aku hanya makan panadol  utk sumplement ingatkan boleh baik rupanye makin teruk hingga x dpt bgn kepala pening  dan muntah dr malam hingga ke pagi ( mcm m'gandung pulak dh la aku fobia) .Pagi ahad tu aku pun g la klinik berdekatan ngan rumah memandangkan hari minggu jarang klinik bukak so main terjah jer .Dengan kepala berpusing2 peningnyer doktor ckp aku ada tanda2 "H1N1" ,katanya kalau x ok dlm masa 1 hari aku kena refer Hospital apalagi kecut jugak jantung aku kebetulan masa g klinik tu aku demam tp x tinggi cuma 37.5C,ok la aku pun balik (lupa nk citer yg bwk aku tu laki aku "Thank You very much for hubby"kerana bersusah payah jaga aku ngan ank2 .Apabila balik aku pun makan ubat dan berehat ,bangun jer dr tidur pening aku x hilang yg hilang cuma muntah ngan batuk.Semalam aku pergi klinik kg melayu utk pemeriksaan kali ke- 2 nasib baik demam aku dh baik cuma pening2 jer dh tu pegawai prubatan bg ubat pening dan aku bebas dr "H1N1" so aku balik makan ubat berehat dan hari nie datang kerja dengan kerja penuh atas meja biasa la awal bulan banyak la sikit kerja nk di buat ,badan aku pun dh sihat .