17 Apr 2012

KeK KaReMaL


Sumber : K.Azlita
http://fromintankitchen.blogspot.com



Gula Hangus 















2 sudu besar gula pasir














Sediakan loyang 8 inc.





Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.


Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.



Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan


Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah 
bila dah keras.Ketepikan














Bahan Karemel






1/2 tin susu cair






70g gula castor






1/2 sudu teh esen vanilla





3 biji kuning telur















Kacau susu dan gula hingga gula larut.




Kacau telur dan esen perlahan.





Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.



Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.



Ketepikan.






Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )









Adunan Kek Bahan 1





70g gula kastor






3 biji telur kuning






135ml air







45ml minyak masak















Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.

Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.










Adunan Kek Bahan 2





140 gm tepung gandum





1 sudu teh baking powder























Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak

Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.















Merinque  






6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning


70g gula castor






1 sudu teh krim of tar2














Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering



Pukul putih telur hingga berbuih





Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. 
kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh


Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.


Gaul rata secara kaup balik





Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik 
hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.












Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.


Letakkan pewarna yang anda sukai.













Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.


Belang- belangkan adunan





Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. 
Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.

Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.





Lorekkan atas adunan dengan lidi.













Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. 
Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160CGunakan api bawah sahaja.









Kaedah Steam Bath 





Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.

Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi

Letakkan pada rak bawah dalam oven.




Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.

Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.


Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.




Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.



Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.




16 Apr 2012

ReD VeLvEt CaKe

Kek Baldu Merah...saya budak baru belajar....







nie sebenarnyer wat minggu lepas ,saja wat makan2 untuk celebrate my husband last kat company lama,deco nyer x seberapa tp x per la janji dalam hati ada niat nk cuba....kalau sapa 2 yang nk coba boleh la cuba....tp untuk bahagian dalam x sempat nk ambik gmbar tp yang sebenarnyer nie kali ke-3 saya mencuba dengan menggunakan resipi yang sama.


Sumber : Kak Hana
hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

 

13 Jan 2012


New Year-2012

Assalamualaikum....Bunyi tajuk macam kelakar kan...bukan apa skrg dh 13hb Jan 2012 bermakna dh 13 hr kita menjejak ke tahun 2012,tp x per sy masih berkesempatan lg untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU dengan azam yang baru,matlamat baru & niat yang lagi baik...harap2 semua begitu lah hendaknyer...untuk pembukaan tirai 2012  RAUNA FAMILY tidak ader lg citer2 yang menarik  cuma nak kongsi cerita tahun lepas yang x berkesempatan nak kongsikan....

6 Dis 2011

Cerita di sebalik Cheese Tat-Bahagian 1

Sebenarnyer ader cerita disebalik nama "CHEESE TAT" ...Segalanyer bermula disini...terima kasih banyak -banyak kepada kak siti ...alkisahnyer aku dulu '0' mengenai bakery ,orang cakap nak buat kek pun  x pandai walaupun ada sependapat menyatakan bahawa pembuatan kek adalah senang,namun bermula 13/3/2010 ketika nie adik ipar aku nak kawin dan mahu mencari kek untuk hantaran kawin ,aku mendapat idea untuk beli cupcake kebetulan masa nie tengah trend baru top...aku pun servey la dengan member sementara tu aku cari kat blogger yang meniaga ikut internet ,tapi x jumpa pada suatu hari ader seorang member nie ader bagi website :www.batrisyia delight cake .blogspot.com (kalau x silap la)...dan aku pun mengoggle la cari dan berkenan pulak tengok design dan aku menelephone ownernyer yang cuma aku panggil kak siti orangnyer agak peramah sekali....lalu aku pun menempah cupcake itu .Dan seperti yang di janjikan aku pun pergi ke rumah kak siti untuk mengambil tempahan tersebut ketika itu aku tengok ader cheese tat dan hati terus bekenan  dan cuma beli 50pcs jer..nak test sbb x pernah rasa...bila wat balik seisi keluarga terus suka dengan cheese tat  air tangan kak siti (sorry gambar cheetat x der yang ader cuma gambar cupcake jer)masa tu la terpikir nak try sendiri n google la kat blog kak siti dan dapat cari resipinyer...tp bila tgk kat resipi nie cam x reti jugak nak cuba dan aku cuba telephone kak siti untuk tanya dengan detail lagi dan alhamdulillah kak siti dengan ikhlasnyer  memberitahu cara-caranyer terima kasih banyak-banyak.

CHEESE TAT

CHEESE TAT

By : Batrisyia delight cake


Bahan-bahan:






base:







200gm butter






100gm gula aising






30gm telur} 1/2 biji telur A





300 gm tepung gandum}klu lembik tambah sket lg..pandai2 la 


garam
















Cara-cara:






 Putar butter, gula dan telur sehingga sebati, then masukkan tepung, sedikit-sedikit,
 sehingga mendapat doh yang lembut.Simpan sekejap dalam petisejuk.

 Tekan dalam acuan tart, cucukkan sedikit dasarnya sebelum dibakar selama 15-20 minit 
pada suhu 180' atau kekuningan sedikit....keluarkan dari acuan.











Bahan Cheese:






250gm cream cheese





50gm butter






60gm gula halus






1 biji telur







*** Sekiranya pekat tambahkan sedikit susu cair.












 Putar cream cheese, butter dan gula sehingga lembut, masukkan telur , pukul hingga sebati.
 Masukkan inti blueberry/strawberry dalam base tadi, sudukan cheese 80% penuh..
corakkan mengikut citarasa sendiri Bakar semula selama 10 minit..