6 Dis 2011

Cerita di sebalik Cheese Tat-Bahagian 1

Sebenarnyer ader cerita disebalik nama "CHEESE TAT" ...Segalanyer bermula disini...terima kasih banyak -banyak kepada kak siti ...alkisahnyer aku dulu '0' mengenai bakery ,orang cakap nak buat kek pun  x pandai walaupun ada sependapat menyatakan bahawa pembuatan kek adalah senang,namun bermula 13/3/2010 ketika nie adik ipar aku nak kawin dan mahu mencari kek untuk hantaran kawin ,aku mendapat idea untuk beli cupcake kebetulan masa nie tengah trend baru top...aku pun servey la dengan member sementara tu aku cari kat blogger yang meniaga ikut internet ,tapi x jumpa pada suatu hari ader seorang member nie ader bagi website :www.batrisyia delight cake .blogspot.com (kalau x silap la)...dan aku pun mengoggle la cari dan berkenan pulak tengok design dan aku menelephone ownernyer yang cuma aku panggil kak siti orangnyer agak peramah sekali....lalu aku pun menempah cupcake itu .Dan seperti yang di janjikan aku pun pergi ke rumah kak siti untuk mengambil tempahan tersebut ketika itu aku tengok ader cheese tat dan hati terus bekenan  dan cuma beli 50pcs jer..nak test sbb x pernah rasa...bila wat balik seisi keluarga terus suka dengan cheese tat  air tangan kak siti (sorry gambar cheetat x der yang ader cuma gambar cupcake jer)masa tu la terpikir nak try sendiri n google la kat blog kak siti dan dapat cari resipinyer...tp bila tgk kat resipi nie cam x reti jugak nak cuba dan aku cuba telephone kak siti untuk tanya dengan detail lagi dan alhamdulillah kak siti dengan ikhlasnyer  memberitahu cara-caranyer terima kasih banyak-banyak.